LAGU

Riang sungguh rasa hatiku
Setiap hari datang ke mari
Main belajar, mengikut waktu
Agar musim bergilir ganti.

Ibu dan ayah turut gembira
Melihat guru beri ajaran
Membimbing kami setiap masa
Bagaikan laut tiada sempadan.

Kami ibarat kain yang putih
Untuk dicorak berwarna warni
Bawalah kami ke jalan bersih
Supaya hasrat direstui.

Wahai ayah ibu pertiwi
Engkaulah cahaya dalam pelita
Kami belajar untuk berbakti
SKSAT terus berjaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan