KENALI KAMI



SK Sultan Ahmad Tajuddin,
merupakan sekolah KLUSTER (sk) pertama di negeri Kedah. Sebelum dinobatkan sebagai sekolah kluster, SKSAT pernah mencapai kejayaan di peringkat kebangsaan sebagai :
2000 - Sekolah 3K 
2001 - Sekolah Harapan Negara 
2002 - Sekolah Kualiti Menteri Pendidikan 
2004 - Pusat Sumber Cemerlang Kebangs 
2007 - Anugerah BOSS 
2008 - Sekolah Kluster Cemerlang

Kecermerlangan UPSR dan kemenjadian murid dalam bidang kokurikulum serta usaha guru yang berterusan telah meletakkan SKSAT ke tahap ini. Antara kejayaan murid di peringkat kebangsaan ialah Johan ROBOTIK Kebangsaan dan mewakili negara ke Korea Selatan ,Johan NILAM Kebangsaan, Johan Kuiz Bestari Koko Krunch, Naib Johan Puisi Kemerdekaan Kebangsaan dan kecemerlangan murid dalam pengucapan umum (Pidato Piala DiRaja, 6 tahun berturut mewakli negeri ke peringkat kebangsaan :2 kali menjadi Naib Johan Kebangsaan : serta 4 tahun mewakili negeri dalam pertandingan NILAM ke peringkat kebangsaan)serta lain-lain pertandinag telah melonjakkan nama SKSAT. Pada 2008 murid SKSAT telah berjaya menjadi Johan Sketsa Smart Street Petronas Kebangsaan..





PERTANDINGAN 3k

ARKIB : 13/03/2000
Sekolah lama... kekal ceria dan menarik
Fikiran terus membayangkan keadaan bangunan sekolah yang usang dan hanya pokok-pokok hijau dan tanaman berbunga sahaja yang mampu menutup usia sekolah itu.

Bagaimanapun, 'tertipu' juga rasanya apabila kereta menghampiri kawasan sekolah. SK Sultan Ahmad Tajuddin tidak seperti mana yang digambarkan, sebaliknya ia kelihatan seperti taman permainan yang berwarna warni.

Gerbang pintu masuk dan cat bangunan sekolah yang serba ceria serta menarik perhatian dengan rimbunan menghijau pokok-pokok, menambahkan lagi keceriaan sekolah ini. Sekolah yang dibina pada 1956 ini berpegang kepada slogan 'Bersama Kita Boleh'.

Menurut guru besarnya, Azizah Abdul Razak, segala usaha yang dilakukan oleh pihaknya selama ini adalah untuk menjadikan sekolah sebagai rumah kedua kepada murid dan juga guru-guru di sini.

"Apabila sekolah sudah dianggap sebagai rumah kedua, murid-murid akan menganggap segala usaha menjaga kebersihan dan keindahan sekolah adalah tanggungjawab bersama,'' katanya ketika di temui di Jitra, Kedah, baru-baru ini.

Azizah menambah, bagi membantu usaha-usaha menjaga kawasan sekolah, tiga orang pekerja am rendah (PAR) diberikan bidang tugas masing-masing iaitu menjaga pokok, sampah sarah dan kerja-kerja lain seperti memesin rumput dan pertukangan.

Sementara itu jelasnya, murid-murid pula akan diberi tanggungjawab menjaga kebersihan di kaki lima bilik darjah masing-masing. Bagi menjaga keselamatan murid, Azizah berkata, pelbagai langkah keselamatan telah diambil.

"Murid-murid yang datang awal pagi ke sekolah akan ditempatkan di satu balai menunggu di kantin.

"Penjaga yang mahu melawat anak mereka semasa waktu persekolahan pula, perlu mendaftar di pejabat dan mendapatkan pas lawatan. Langkah keselamatan ini perlu kerana sekolah ini sering menjadi medan 'jejak kasih' terutamanya kepada murid-murid yang ibu bapanya telah bercerai,'' jelasnya.

Di dalam kelas pula menurut Azizah, guru juga perlu mempunyai buku daftar masuk untuk merekodkan pergerakan keluar masuk murid.

Sebagai langkah keselamatan murid juga, sekolah akan memastikan murid-murid yang tertinggal kenderaan balik ke rumah selepas tamat waktu persekolahan melaporkannya ke pejabat.

"Sesiapa sahaja yang ada di pejabat akan bertanggungjawab untuk menghantar murid itu balik ke rumah,'' katanya.

Dari segi hiasan landskap, tinjauan panel hakim Program 3K mendapati setiap ruang dihias indah.

Terdapat 15 buah taman ilmu dibina di sekeliling kawasan sekolah.

Malah, hasil keprihatinan dan kerajinan warga sekolah ini, bangunan lama yang dulunya tandas telah diubahsuai menjadi Galeri Ilmu yang merupakan mini muzium bagi sekolah ini.

Pelbagai barangan antik bersejarah yang dapat membantu proses pembelajaran di pamerkan di dalam galeri ini.

Sekolah ini juga mempunyai satu sudut khas berhampiran kantin sekolah yang merupakan satu ruangan khas bagi Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS).

Di ruangan ini disediakan alat penimbang dan pengukur ketinggian serta satu ruangan khas untuk murid memeriksa kebersihan gigi mereka.

Murid-murid boleh mengunjungi tempat itu ketika waktu lapang.

Ruangan ini kata Azizah bertujuan mewujudkan kesedaran kepada murid-murid sekolah mengenai kesihatan sejak di peringkat awal. Seperkara yang menarik mengenai sekolah ini ialah pemuafakatan antara pihak sekolah dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Malah, dalam sesi penerangan yang diadakan kepada panel pengadil Program Peningkatan Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Alam Sekitar Sekolah (3K), Pengerusi PIBGnya turut hadir memberi sokongan.

"Ketika sekolah ini diumumkan layak ke peringkat akhir Program 3K, kita boleh saksikan, ibu bapa murid sekolah ini datang secara sukarela ke sekolah pada waktu petang dan malam untuk mengecat bilik-bilik darjah,'' katanya.



ANUGERAH HARAPAN NEGARA


Tiada ulasan:

Catat Ulasan